dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Presint 9 Fasa 10, Putrajaya
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Karnival Mega 3 Dimensi (Mk3d) Usahawan 2025

31 Julai 2025 | Aktiviti Terkini

Bermula dari 30 Julai hingga 3 Ogos 2025, Pihak NADI telah dijemput oleh MCMC bersama dengan MRIC Healthcare untuk turut terlibat dalam Program Mega Karnival 3 Dimensi (MK3D) Usahawan 2025, ekspo keusahawanan terbesar di Malaysia yang telah berlangsung secara meriah selama lima hari bertempat Malaysia International Trade Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur. MK3D menghimpunkan tiga acara mega di bawah satu platform iaitu Karnival Usahawan Desa (KUD), Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI 2.0), dan Sambutan Hari Peneroka FELDA (HPF) di bawah tema “Desaku Mendunia”.

MK3D 2025 bukan sekadar medan promosi produk dan perkhidmatan luar bandar, malah menjadi platform strategik untuk meningkatkan akses pasaran, menarik pelaburan, serta memperkukuh jaringan antara usahawan, agensi kerajaan dan pembeli dari dalam serta luar negara.

Sepanjang MK3D 2025, pihak NADI telah menyediakan perkhidmatan seperti pendaftaran ahli , pemeriksaan asas kesihatan yang dibantu oleh pihak MRIC, serta saringan kegagalan jantung oleh SSO. Operasi dijalankan dalam dua syif harian iaitu pagi (10.00 pagi – 4.00 petang) dan petang (4.00 petang – 10.00 malam), dengan empat petugas NADI setiap syif bagi melancarkan urusan sepanjang program berlangsung.

MK3D turut menampilkan pelbagai acara seperti Mini Karnival, Konsert Desaku Mendunia, seminar, pocket talk, masterclass, pertandingan serta aktiviti kebudayaan, kerohanian dan kesukanan. Majlis penutup dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri pada 2 Ogos 2025 (Sabtu).

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2024 Semua Hakcipta Terpelihara.